My Journey

Freelance Web Developer

Majlis Berbuka Puasa Pelajar Falahiah Batch SPM98

Ahad lepas 21-08-2010  bertempat di Bowling Alamanda, satu majlis kecil-kecilan diadakan bagi mempertemukan kawan-kawan semasa zaman sekolah menengah. Yang hadir adalah tidak ramai kerana jemputan secara mengejut. Walaubagaimana pun alhamdulillah sempat berjumpa dengan kawan kawan dimana hampir 12 tahun tidak berjumpa. Antara yang hadir adalah Duan,Azree, Mat Jeff,Mat Sah,Budu,Adi dan Sani.

Aplikasi Remote Desktop Percuma

Hari ni saya menguji remote desktop percuma yang disediakan oleh LogMeIn.

Ianya berguna untuk saya untuk akses ke desktop di rumah apabila berada di luar  .  Oleh kerana saya melanggan streamyx unlimited, agak rugi sekiranya kita tidak menggunakan 100% kapasiti yang diberikan. Oleh itu dengan menggunkan aplikasi ini senang saya mengakses desktop untuk melihat status muat turun file (especially movie ) . LogMeIn mengarahkan kita membuat installasi pada desktop sebagai agen supaya aplikasi tersebut boleh mencari dimana lokasi desktop itu berada. Untuk keterangan lanjut boleh lawati www.logmein.com

Balik Kampung

 Minggu ni dah masuk minggu kedua kita berpuasa di bulan Ramadan. Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke dua. Jumaat lepas, sempat berpuasa di kampung bersama ibu ayah serta rumah mertua . Walaupun tidak lama dikampung, nikmat berbuka bersama keluarga masih dirasai. Musim buat kat kampung masih belum tamat lagi, sempat menjenguk di dusun walaupun masa agak singkat.

Bukan semua peluang boleh diambil

Hari ni saya telah membuat keputusan untuk menolak projek pembangunan aplikasi MLM yang telah ditawarkan oleh seorang pelanggan yang diperkenalkan oleh kawan saya. Setelah diteliti dari beberapa segi dan pendapat kawan-kawan yang pernah berurusan dengan pelanggan tersebut saya telah membuat keputusan untuk tidak mengambil tanggungjwab untuk membaikh pulih sistem tersebut. Disini beberapa faktor yang boleh dikongsi untuk freelance atau sistem developer yang baru memceburi bidang ini meliputi:

1) Adakah nilai pembangunan itu berpatutan dengan masa yang ditetapkan..?
2) Adakah skop kerja yang diberikan adalah berpatutan dengan nilai yang diberikan.
3) Adakah sebarang perbincangan dengan pelanggan hanya dilakukan pada waktu pejabat atau tidak kira samada waktu pejabat atau tidak.Adakah anda seorang yang terlalu “fleksible” dan tidak ada tanggungjawab lain seperti anak-anak, isteri dan sebagainya.?
4) Jika anda seorang freelancer adakah anda boleh mengurus projek yang lain dengan serentak tanpa menjejaskan projek lain yang sedang dibangunkan.?

Sekiranya ada faktor yang lain boleh dikongsi bersama boleh diisi pada ruangan komen.

CI- Add Own Class

Last week mencari solution untuk mengira bilangan hari dari satu tarikh ke tarikh tertentu. Terjumpa satu php class untuk mengira bilangan hari (datediff). Di sini saya tunjukkan bagaimana membuat integrasi class dengan Code Ignitor Framework.

[kenapa tiba-tiba mouse problem ni]

Step 1 : put your class into folder “/system/application/libraries”.

Step 2 : in your controller file load your library with this code
$this->load->library(’chocolate’);

Here i assume that my class name is chocolate.

Step 3 :
As usual you can use your class function like other model or contoller for example :
$this->chocolate->delete();

Durian Party

Hari ni lepas pegi Alamanda beli barang dapur, kitorang pegi Durian Party dekat Taman Warisan Prsint 16. Masuk hanya RM15 seorang dan makan buat sampai puas. Kami paling banyak sempat makan 3 biji durian D41. Memang best tapi balik perut kenyang tapi nak tido tak boleh sebab badan panas.

Weakend - Zoo Negara

Semalam selepas berjumpa dengan Ayah Lim, kami berangkat ke zoo negara.  Ni kali pertama masuk berkeluarga. Sampai kira-kira jam 12 tnghari.

Ayah Lim - De Palma Hotel

Semalam bertemu dengan bapa saudara belah isteri yang tinggal dekat Jeddah. Hampir 8 tahun beliau tidak pulang ke Malaysia. Saya pun pertama kali jumpa dengan beliau dan isteri. Mereka berangkat pulang petang semalam setelah seminggu berada di Malaysia. Kami sekeluarga bertemu di De Palma Hotel, Ampang bagi mengucapkan selamat jalan kepada mereka.

KLIA - Hantar Nenek

Semalam mok (nenek) belah isteri berlepas ke Mekah bagi menunaikan ibadat puasa dan terus menunaikan haji. Kami sekeluarga ke KLIA untuk mengucapkan selamat jalan. Berlepas dari Putrajaya kira-kira jam 12.00 tengah hari dan sampai 12.45. Penerbangan ke Mekah melalui Colombo berlepas kira-kira jam 4.00 petang. Semoga mendapat haji yang mabrur.

Weakend..

Hari ni ahad macam biasa family day. Bangun pun dah pukul 11 pagi. Terukkan..? adakah itu ciri-ciri bakal usahawan yang berjaya.? oh tidak sekali. Macam mana boleh tidur sebegitu teruk sekali. Hari ni tak ke mana just jalan-jalan kat alamanda beli susu alin + barang-barang dapur . Beli lebih sikit sebab bapa saudara nak datang this coming Tuesday. Hari ni tak boleh nak belanja lebih-lebih sebab payment tak masuk lagi . Macammana nak masuk invoice pun belum hantar. Setiap post saya suka masukkan gambar yang boleh menceritakan situasi. Tone gambar ni tiru ala-ala Saiful Nang, salah satu idola saya dalam photography.